KUALA LUMPUR : Viral di media sosial baru-baru ini, luahan kecewa seorang pengguna Facebook yang didakwa diberi jawapan yang tidak berasas oleh seorang anggota polis selepas mengadu diganggu oleh sekumpulan pembuli bermotor.Menerusi satu kenyataan Facebook, Noorhidayu Mohamed Noor mendakwa mereka sekeluarga telah diganggu oleh tiga penumpang motosikal yang bertindak mengacah serta menyimbah cecair ke atas cermin kereta yang dipandu.Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika mereka sekeluarga dalam berjalanan pulang ke Kelantan dan insiden itu belaku di daerah Kahang, Johor. Menurut mangsa, tiga lelaki berkenaan yang kelihatan seperti pelajar sekolah menengah namun rupa muka mereka tidak jelas kerana ditutup dengan topi keledar masing-masing.Risau dengan perbuatan tiga lelaki tersebut, mangsa berkenaan membuat panggilan kecemasan ‘999’ untuk melaporkan kejadian tersebut.
Tetapi mereka diminta untuk membuat laporan di balai polis yang berdekatan. Oleh itu, mangsa terpaksa meneruskan perjalanan sambil diganggu dan akhirnya berjaya singgah di Balai Polis Kahang.
Menurut kenyataan tersebut, selepas kejadian itu dilaporkan, wanita berkenaan diminta bertemu seorang pegawai polis dari IPD Kluang.
Noorhidayu berkata perbualannya dengan pegawai tersebut amat mengecewakan kerana jawapan yang diterima dilihat sebagai tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.Tambah-tambah lagi, pegawai polis itu didakwa berkata, mereka bukan ‘Superman’ yang boleh muncul apabila mereka meminta bantuan kecemasan.
Berikut adalah perbualan yang dikongsi oleh Hidayah and beginilah seperti ditulis oleh pengadu;
ASTRO AWANI
Belum ada tanggapan untuk "Wanita diekori 3 motosikal, polis jawab 'Kami bukan Superman'"
Post a Comment